Bagus juga agaknya jika UMNO dan PAS bergading bahu, boleh tenggelam sama, kerana kapal UMNO banyak bocor. Semakin tak relevan, bak kata orang.
Naik kapal yang bocor, maka tenggelamlah, apa lagi? Takkan kapal yang bocor boleh terbang kan? Lainlah kalau kapal itu KARPAL SINGH! Apakah PAKATAN masih mahu menerima PAS, tanya beliau.
Ramai yang marah pada Karpal, tapi, pertanyaannya relevan, terutamanya bagi orang bukan Melayu yang meletak kepercayaan pada PAS dalam PRU12 March 8 lalu. Kepercayaan tersebut menghasilkan Tsunami. Sebuah sejarah. Jadi persoalan beliau harus dijawab oleh pucuk pimpinan PAKATAN RAKYAT.
Yang seorang lagi pula berkata: Mu-zakar-ah UMNO-PAS akan berterusan. Itulah mimpi Najib Tun Razak. (Malaysiakini). Dalam masa yang sama juga, konflik dalam PAS akan berterusan, konflik antara PAKATAN RAKYAT berterusan jugak.
Tapi menurut versi resmi Najib: Mu-zakar-ah tersebut patut berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah berkaitan dengan bangsa Melayu dan Islam.
Woit, Najib! Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dalam tahun 2010, anda sepatutya lebih prihatin terhadap masalah Bangsa Malaysia.
Oh, maaf. Bangsa Malaysia belum wujud lagi kan? Bangsa itu masih belum dilahirkan lagi. Mungkin sesat di mana mana, entahlah. Yang ada, setakat ini, selepas 51 tahun Merdeka, hanyalah orang Melayu dan Islam.
Dengan kata-kata sedemikian, bagaimanakah rakyat bukan Melayu hendak menerima Najib sebagai PM?Tetapi itu bukan masalah Najib, kan? Baca baki entri ini »



Komen Terbaru