Suara rakyat yang tak bersuara

27 07 2008

Alamak. Kenapa-lah mereka namakan majalah mereka ‘Suara Rakyat’? Kalau Suara Rakyat, maknanya, majalah itu penuh dengan cerita-cerita dan gambar-gambar orang biasa macam you dan I.

Tapi, majalah ini, yang sedang dipromosikan oleh kerajaan Pulau Pinang (seperti dalam gambar di atas) penuh dengan propaganda PAKATAN RAKYAT, atau DAP, mungkin juga Parti Keadilan.

Tengok muka depan majalah itu, bukan muka rakyat, tapi muka Ketua Menteri Lim Guan Eng. Betul tak?

Begitulah kata orang-orang NGO di dalam suratkhabar petang tadi. Perak pun ada majalahnya sendiri, dan di namakan ‘Citra Perak’. Apa kandungan majalah itu gaknya? PAS ke, tak PAS? Kalau guna nama negeri, seperti ‘Perak’, taklah teruk sangat. Sekurang-kurangnya, tak nampak hipokrit sangat.

Sebenarnya, tepat cakap aktivis sosial BK Ong, majalah tersebut patut dinamakan ‘Suara Kerajaan’. Kalau di namakan Suara Kerajaan, mesti diterima bulat-bulat oleh semua pengkritik, termasuk wartawan-wartawan di Pulau Pinang. Maka diamlah mulut mereka semua tu.

NGO-NGO tersebut juga mensyorkan, walaupun guna duit kerajaan, kenapa tak benarkan sidang pengarangnya bebas? 

Tapi…urm…bukankah itu sama saje seperti STAR, NST, HARAKAH dan lain-lain? Konon-nya bebas, tapi…semuanya di-kontrol dari belakang (Ooops, maaf kerana guna perkataan sensitif).

Tapi yang paling tak menyenangkan ialah, mereka menggunakan duit rakyat untuk membiayai produksi dan pengedaran majalah tersebut. Kenapa tak guna duit parti?

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon pernah menghabiskan duit rakyat sebanyak RM300,000 untuk membiayai majalah Wawasan Rakyat yang diterbitkan pada tahun 1994, Hong Yuan dalam Bahasa Mandarin dalam tahun 1999 dan Makkal Madal dalam Bahasa Tamil tahun 2003.

Bayangkanlah! Berjuta-juta ringgit dah dihabiskan untuk benda ini. Tak pernah pun saya baca satu keping Wawasan Rakyat masa di Penang dulu. You pernah baca tak majalah propaganda Koh Tsu Koon tersebut?

Mengapa guna duit rakyat untuk propaganda parti? Kini, Kerajaan Pakatan pun perlu menggunakan dana sebanyak itu untuk konon-nya, majalah untuk menyuarakan SUARA RAKYAT.

Tapi, pada pendapat saya, dengan majalah ini, suara rakyat akan lenyap terus dengan $$$$; yang entah berapa juta kali ini.

Kalau guna duit parti, sudah tentu tak kena marah kan? Nah, apa dah jadi sekarang? NGO semua buat bising. Bukan-nya mereka suka buat bising, tapi betul pun apa yang dia orang cakap tu.

Alahai, nampaknya UMNO ke, Gerakan ke, Pakatan ke…semua nya sama. Mereka ini semua tak ada kepercayaan dalam kebebasan media.

Sebenarnya, saya tak kisah sangat – suara rakyat ke, atau suara kerajaan – yang penting, jangan bazirkan duit rakyat.


Tindakan

Informasi

One response

27 07 2008
Susan Loone

Selamat datang ke blog bahasa melayu saya.
Maklumlah, sempena merdeka ini, biarlah kami cintai bahasa kebangsaan.
Salam.

Tinggalkan komen