Teruskan UMNO-zakar-PAS

27 07 2008

Bagus juga agaknya jika UMNO dan PAS bergading bahu, boleh tenggelam sama, kerana kapal UMNO banyak bocor. Semakin tak relevan, bak kata orang.

Naik kapal yang bocor, maka tenggelamlah, apa lagi? Takkan kapal yang bocor boleh terbang kan? Lainlah kalau kapal itu KARPAL SINGH! Apakah PAKATAN masih mahu menerima PAS, tanya beliau.

Ramai yang marah pada Karpal, tapi, pertanyaannya relevan, terutamanya bagi orang bukan Melayu yang meletak kepercayaan pada PAS dalam PRU12 March 8 lalu. Kepercayaan tersebut menghasilkan Tsunami. Sebuah sejarah. Jadi persoalan beliau harus dijawab oleh pucuk pimpinan PAKATAN RAKYAT.

Yang seorang lagi pula berkata: Mu-zakar-ah UMNO-PAS akan berterusan. Itulah mimpi Najib Tun Razak. (Malaysiakini). Dalam masa yang sama juga, konflik dalam PAS akan berterusan, konflik antara PAKATAN RAKYAT berterusan jugak.

Tapi menurut versi resmi Najib: Mu-zakar-ah tersebut patut berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah berkaitan dengan bangsa Melayu dan Islam.

Woit, Najib! Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dalam tahun 2010, anda sepatutya lebih prihatin terhadap masalah Bangsa Malaysia.

Oh, maaf. Bangsa Malaysia belum wujud lagi kan? Bangsa itu masih belum dilahirkan lagi. Mungkin sesat di mana mana, entahlah. Yang ada, setakat ini, selepas 51 tahun Merdeka, hanyalah orang Melayu dan Islam.

Dengan kata-kata sedemikian, bagaimanakah rakyat bukan Melayu hendak menerima Najib sebagai PM?Tetapi itu bukan masalah Najib, kan?

Jikalau orang Melayu tidak menerima Najib sebagai PM, itu pun bukan masalah Najib. Najib bukannya kisah sangat.

Melayu sekarang bukan lagi hanya sejenis – ada Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Semangat 46, Melayu bekas PRM, Melayu Parti Sosialis Malaysia, Melayu Komunis, Melayu Murtad, Melayu Polis, Melayu hospital, Melayu Makamah, Melayu yang bukan Melayu (macam orang cina bukan cina seperti saya!)…dan lain-lain, nak kira pun tak larat!

Najib tak kisah pasal diaspora Melayu-Melayu jenis ini. Mereka siapa? Di anggap pengkhianat pada nusa dan bangsa.

Walapun sejuta Melayu bukan UMNO membantah perlantikan Najib jadi PM nanti, beliau masih tersenyum. Beliau masih akan terbang ke sana sini dan bershopping sakan dengan bini-nya Dotty.

Kerana yang penting, Melayu UMNO menerima beliau sebagai PM.

Tetapi itu tahun 2010. Masa itu, Malaysia masih bebas ke ataupun dah jatuh ke tangan penjajah? Itu bukan masalah Najib.

Masalah Najib hanyalah satu: apakah Abdullah Ahmad Badawi masih PM, atau Anwar Ibrahim dah serbu masuk Putrajaya?

Tak mungkin Najib boleh tidur nyenak dengan Dotty kalau memikirkan persoalan ini, kan?


Tindakan

Informasi

9 gerakbalas-gerakbalas

27 07 2008
* SUSAN LOONE’s blog *

[...] Baca versi Melayu: Teruskan UMNO-zakar-PAS. [...]

28 07 2008
28 07 2008
3 million kisses for you, you and you… « * SUSAN LOONE’s blog *

[...] The sorry part is that, with this new blog, I’ve been accused of ”Menghina Islam” for my latest post: Teruskan UMNO-zakar-PAS.  [...]

28 07 2008
My2cen

Hahaha! Susan writing in broken Malay! hahaha!!!
OK lah, biar buruk bahasa, jangan buruk perangai macam beruk-beruk dalam BM amnya dan UMNO khususnya!

Gerakbalas? Maklumbalas-lah!

28 07 2008
simple

watak gila ini.

29 07 2008
rakyat malaysia yang taat

buah apa yang sedap sekali ?.
buah durian atau buah zakar ?
anda yang buat pilihan.

29 07 2008
george

Dear rakyat…

don’t be fool to Bee-eN UMMNOO again.

Who is the real one getting threaten and traitor to nation?
Malay? No, coz only Bee-eN UMMNOO die hard politikus get rich and richer for the past 50 years.
Muslims? No, only Bee-eN UMMNOO muslims, not PAS muslims.
Bumiputera? Hey, No again, not all Bumiputera are Malay nor Muslims.
Extremist & Racist? Who’s those people? Bee-eN UMMNOO off course!

So the reality is only Bee-eN UMMNOO Malay cum Muslims the one who got threaten and cannot accept that one day they will vanish from Tanah Melayu… in fact very very soon… :)

Even if kapal Bee-eN UMMNOO has sink, there are still many Malay and Muslims here left in Tanah Melayu…

Rakyat do not need Bee-eN UMMNOO no more… your karma for 50 years is already used up and it is your turn now to face the song and all the sins that Bee-eN UMMNOO had done to the nation.

What most important now for rakyat is to rise up and to cure our sodomised nation and move again in a unity wave of Merdeka from Bee-eN UMMNOO…

Matilah kau…Bee-eN UMMNOO. hahaha…

29 07 2008
Kawan Black

Mana dia entry yg dikatakan hina Islam tu ?
Aku yg ada Diploma in Pengajian Islam ni pun masih tercari2…

11 08 2008
zam88

jangan pertikaikn kontrak sosial yg telah termaktub dlm perlembagaan,bumiputera tlh beri kerakyatan 100% kpd cina dn india.yang tinggal utk bumiputera hnya sikit saja.kalau yg sikit tu dihapuskn atas nama bangsa malaysia,keadilan,demokrasi dan hak bukan bumiputera,apa lagi yang tinggal utk bumiputera.janganlah terlalu tamak dan lupa diri hinggakn kaum yg paling awal datang ke sini dn membuka negeri sbelum kedatangan penjajah dn kaum lain(cina& india) tergadai hak mereka.Pelajari sejarah negara!.contohi pemimpin cina&india terdahulu yang brfikiran matang!

Tinggalkan komen