Teruskan UMNO-zakar-PAS

27 07 2008

Bagus juga agaknya jika UMNO dan PAS bergading bahu, boleh tenggelam sama, kerana kapal UMNO banyak bocor. Semakin tak relevan, bak kata orang.

Naik kapal yang bocor, maka tenggelamlah, apa lagi? Takkan kapal yang bocor boleh terbang kan? Lainlah kalau kapal itu KARPAL SINGH! Apakah PAKATAN masih mahu menerima PAS, tanya beliau.

Ramai yang marah pada Karpal, tapi, pertanyaannya relevan, terutamanya bagi orang bukan Melayu yang meletak kepercayaan pada PAS dalam PRU12 March 8 lalu. Kepercayaan tersebut menghasilkan Tsunami. Sebuah sejarah. Jadi persoalan beliau harus dijawab oleh pucuk pimpinan PAKATAN RAKYAT.

Yang seorang lagi pula berkata: Mu-zakar-ah UMNO-PAS akan berterusan. Itulah mimpi Najib Tun Razak. (Malaysiakini). Dalam masa yang sama juga, konflik dalam PAS akan berterusan, konflik antara PAKATAN RAKYAT berterusan jugak.

Tapi menurut versi resmi Najib: Mu-zakar-ah tersebut patut berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah berkaitan dengan bangsa Melayu dan Islam.

Woit, Najib! Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dalam tahun 2010, anda sepatutya lebih prihatin terhadap masalah Bangsa Malaysia.

Oh, maaf. Bangsa Malaysia belum wujud lagi kan? Bangsa itu masih belum dilahirkan lagi. Mungkin sesat di mana mana, entahlah. Yang ada, setakat ini, selepas 51 tahun Merdeka, hanyalah orang Melayu dan Islam.

Dengan kata-kata sedemikian, bagaimanakah rakyat bukan Melayu hendak menerima Najib sebagai PM?Tetapi itu bukan masalah Najib, kan? Baca baki entri ini »





Jangan kau liwat MCA dan MIC

27 07 2008


Wahai, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kami sayangi. Apa ertinya ‘backdoor seperti mana yang dipaparkan dalam suratkhabar THE STAR pagi ini?

Bagi saya, ertinya “liwat’.

Entah apa, entah bila, dan entah kenapa, Mahathir, yang juga dikenali sebagai Chedet, tiba-tiba bersikap prihatin dan muhibah. Buang tabiat ke?

Beliau kata UMNO sepatutnya jangan ‘meliwat’ PAS kerana kelakuan ini akan terus merosakkan Barisan Nasional.

Beliau turut berkata bahawa UMNO tak sepatutunya ‘meliwat’ pasangan-pasangannya dalam Parti Perikatan tersebut apabila ber-mubalah dengan PAS.

Tak sangka ya, betapa bencinya Chedet kami terhadap perkara ‘meliwat’ ini.

“Apa pulak kata MCA, Gerakan dan MIC nanti?”, tanya Chedet, dengan penuh perasaan yang bimbang bak kecewa. Baca baki entri ini »





Suara rakyat yang tak bersuara

27 07 2008

Alamak. Kenapa-lah mereka namakan majalah mereka ‘Suara Rakyat’? Kalau Suara Rakyat, maknanya, majalah itu penuh dengan cerita-cerita dan gambar-gambar orang biasa macam you dan I.

Tapi, majalah ini, yang sedang dipromosikan oleh kerajaan Pulau Pinang (seperti dalam gambar di atas) penuh dengan propaganda PAKATAN RAKYAT, atau DAP, mungkin juga Parti Keadilan.

Tengok muka depan majalah itu, bukan muka rakyat, tapi muka Ketua Menteri Lim Guan Eng. Betul tak?

Begitulah kata orang-orang NGO di dalam suratkhabar petang tadi. Perak pun ada majalahnya sendiri, dan di namakan ‘Citra Perak’. Apa kandungan majalah itu gaknya? PAS ke, tak PAS? Kalau guna nama negeri, seperti ‘Perak’, taklah teruk sangat. Sekurang-kurangnya, tak nampak hipokrit sangat.

Sebenarnya, tepat cakap aktivis sosial BK Ong, majalah tersebut patut dinamakan ‘Suara Kerajaan’. Kalau di namakan Suara Kerajaan, mesti diterima bulat-bulat oleh semua pengkritik, termasuk wartawan-wartawan di Pulau Pinang. Maka diamlah mulut mereka semua tu.

NGO-NGO tersebut juga mensyorkan, walaupun guna duit kerajaan, kenapa tak benarkan sidang pengarangnya bebas?  Baca baki entri ini »








Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.